Tuesday, July 30, 2013

BORANG PESANAN BAHAN KEMPEN KESELAMATAN KANAK-KANAK (3K)

Pihak YATI sedang bekerjasama dengan sekolah di seluruh Malaysia dan akan mengedarkan bahan Kempen Keselamatan Kanak-kanak (3K) sebagai satu cara untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dan kanak-kanak itu sendiri terhadap isu keselamatan ini. Satu acara 'Child Safety Walkathon' akan diadakan dan ibubapa dipohon untuk menyemarakkan lagi kempen ini dengan menyertai aktivitinya dan membeli bahan-bahan kempen tersebut untuk diedarkan kepada kenalan, keluarga dan masyarakat setempat.

Berikut merupakan salinan Borang Pesanan Bahan Kempen dan Borang 'Child Safety Walkathon' yang diedarkan di setiap sekolah di seluruh Malaysia.

Sunday, July 28, 2013

Pengisian Program 3K

Berikut merupakan antara pengisian program yang akan dijalankan oleh YATI:

- Seminar Kesedaran Keselamatan Kanak-kanak di setiap negeri di Malaysia melibatkan pendidikan pengasuh, ketua-ketua masyarakat, ibubapa dan masyarakat umum.

- MewujudkanTabung Keselamatan Kanak-kanak.

- Kempen keselamatan kanak-kanak di semua sekolah-sekolah di Malaysia.

- Pengiklanan dan kempen melalui semua jenis media.

- Menerbitkan bahan bacaan berbentuk panduan penjagaan keselamatan kanak-kanak.

- Mengadakan “Child Safety Campaign Walkathon (CSCW)

- Mengadakan Program Kelab Keselamatan Kanak-kanak yang disertai oleh kanak-kanak.

- Mengadakan “Kempen Sifar Kehilangan Kanak-kanak” (Zero Missing Kids Campaign).

- Kempen menggalakkan kenderaan di Malaysia dilengkapkan dengan peralatan keselamatan untuk penumpang kanak-kanak.

- Pertandingan Membuat Papan Tanda (Signboard) tentang keselamatan kanak-kanak di kampung, kawasan perumahan dan kejiranan.


Thursday, July 25, 2013

PROGRAM 3K (KEMPEN KESELAMATAN KANAK-KANAK)

Keselamatan kanak-kanak di negara ini menuntut keprihatinan semua lapisan masyarakat. Kes-kes yang mengugat keselamatan dan hak kehidupan kanak-kanak yang tragis seperti penculikan, penderaan, rogol dan pembunuhan berlaku di mana-mana. Sesungguhnya, kanak-kanak yang masih lemah dan mentah memerlukan pembelaan yang lebih serius dari masyarakat. Laporan statistik 2008 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan kes penderaan kanak-kanak termasuk penderaan seksual meningkat 21% kepada 2780 kes berbanding tahun 2007 sebanyak 2279 kes. 



Pada tahun 2011, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengeluarkan statistik bahawa 7 daripada 10 mangsa rogol adalah kanak-kanak. Di Kuala Lumpur sahaja kes cabul dan rogol membabitkan kanak-kanak dibawah usia 12 tahun direkodkan sebanyak 124 kes dari 2009 hingga Jun 2012. Semua statistik diatas tidak termasuk kes pembunuhan dan pembuangan bayi yang dapat dijumpai dan dikesan iaitu purata 5 kes sebulan.