Friday, October 11, 2013

UPIN & IPIN - DUTA PROGRAM bersama HELIZA HELMI


UPIN & IPIN selaku watak yang diminati oleh sebahagian besar kanak-kanak dan masyarakat umum di Malaysia telah dilantik menjadi DUTA PROGRAM Kempen Keselamatan Kanak-Kanak (PROGRAM 3K) bersama-sama dengan Heliza Helmi.

Watak UPIN & IPIN sebagai DUTA kempen akan dapat membantu menarik minat kanak-kanak dan masyarakat umum untuk memberi perhatian kepada Kempen Keselamatan Kanak-Kanak dan mendapat mesej yang jelas tentang peri pentingnya menjaga keselamatan kanak-kanak daripada ancaman kemalangan dan menjadi mangsa jenayah kanak-kanak.Diharapkan dengan perlantikan ini dapat memberi impak yang besar kepada masyarakat di luar sana dalam menjaga keselamatan kanak-kanak.

Maskot Upin & Ipin bersama Heliza Helmi di Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kanak-Kanak di Hotel Seri Pacific

Keratan Akhbar - Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kanak-Kanak (PROGRAM 3K)

Utusan Malaysia 10 Okt 2013

Harian Metro 10 Okt 2013

Kosmo 10 Okt 2013

New Straits Times 10 Okt 2013