Krisis kemanusiaan di Somalia kini berada di tahap kritikal dengan 6 wilayahnya dilanda masalah kebuluran. Kira-kira 4 juta orang terlibat dalam krisis kemanusiaan terburuk abad iini, meliputi separuh daripada penduduk negara Somalia. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) meramalkan 750, 000 orang lagi bakal menghadapai risiko kematian dalam masa 4 bulan lagi jika bantuan kemanusiaan tidak diperolehi segera; kesan bencana kemanusiaan ini dijangka akan melarat sehingga beberapa tahun lagi.
Yayasan Wanita Islam (YATI) dengan kerjasama Global Humanitarian Aid Centre, sebuah agensi bantuan kemanusiaan antarabangsa sedang melaksanakan inisiatif mengumpul dana bagi membantu penduduk Somalia yang sedang menderita dan sengsara itu melalui projek yang dinamakan PROGRAM S.O.S Somalia. Kami ingin memohon jasa baik Dato/Datin/Tuan/Puan untuk ikut membantu dengan menggalakkan kakitangan, sahabat handai dan masyarakat sekeliling ikut serta menyumbang ke dana Program S.O.S Somalia. Dana yang terkumpul nanti akan membolehkan pihak kami segera menguruskan bantuan makanan, ubat-ubatan, air bersih dan keperluan asas yang lain.
Kepada Dato/Datin/Tuan/Puan yang ingin memberikan sumbangan dana kepada PROGRAM S.O.S SOMALIA boleh disalurkan melalui akaun bank berikut:
YAYASAN WANITA ISLAM
BANK ISLAM: 14041010033716
BANK CIMB: 12530011195054
TEL: 03-4270 5941
FAKS: 03-4296 3212
EMAIL: yati_islam@yahoo.com
Facebook: YAYASAN WANITA ISLAM (YATI)
Bagi maksud tersebut, disertakan Borang Sumbangan (sila klik disini). Sila kembalikan BORANG SUMBANGAN tersebut kepada pihak kami secepat mungkin bagi membolehkan serahan segera bantuan kemanusiaan dilakukan. Ingatlah bahawa setiap hari, kebuluran di Somalia meragut ratusan nyawa kanak-kanak dan orang dewasa. Sumbangan kita yang sedikit sekalipun, sangat besar ertinya buat mereka yang kebuluran.
No comments:
Post a Comment