Sunday, September 8, 2013

Slot Wawancara di Rancangan "Apa Kata Wanita"

Dari kanan: Cik Norsiani binti Mohd Nor (Pengurus Program), Tuan Hj. Sahlan bin Saruddin (Peguambela & Peguamcara), Zamzarina (Pengacara AKW) & Y.Bhg Datuk Dr Mohammed Saffari Bin Mohammed Haspani (Ketua Jabatan Neurosurgeri di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL))

Pada 07/09/2013 (Sabtu) pukul 11.00 pagi, Yayasan Wanita Islam (YATI) telah dijemput untuk diwawancara sempena Program Kempen Keselamatan Kanak-kanak (3K) di Rancangan "Apa Kata Wanita", TV1. Turut hadir sebagai panel khas ialah Y.Bhg Datuk Dr Mohammed Saffari Bin Mohammed Haspani, Ketua Jabatan Neurosurgeri di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Tuan Haji Sahlan bin Saruddin, Peguambela & Peguamcara

Semoga dengan slot wawancara ini dapat meningkatkan lagi kesedaran masyarakat di luar tentang pentingnya menjaga keselamatan kanak-kanak. Bersamalah kita dalam menjayakan program ini

No comments:

Post a Comment